Aku Blogger

Aku Blogger
Aku Blogger

Saturday, November 30, 2013

Hasad Dengki Punca Orang Melayu Ketinggalan

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana member kesempatan dan ruangan kepada saya untuk sama-sama berkongsi tentang cabaran dan ujian yang terpaksa kami usahawan anak negeri hadapi dengan bermacam-macam kerenah birokrasi untuk maju ke hadapan.

Dan antaranya ialah, izinkan saya bercerita daripada awal. Sabasun mula ditubuhkan pada tahun 1995 bermula dengan kedai kecil dua pintu, kemudian dengan izin Allah dengan sokongan pelanggan daripada rakyat negeri Terengganu, pada tahun 1999, kami telah mengusahakan sebuah bangunan baru sebelah kedai lama tersebut iaitu bangunan yang ada sekarang di Sabasun1 di Bukit Kecil.

Jadi, semasa proses pembinaan bangunan tersebut berlaku, dibelakang bangunan yang terdapat parking percuma sekarang ini. Merupakan sebuah paya pada satu masa dahulu. Paya yang luasnya lebih kurang 1 hektar suku, yang mana pada waktu itu, kami pergi rujuk kepada pejabat tanah, pihak kerajaan tidak punya apa-apa idea untuk membangunkan paya tersebut.

Maka sebab itu, sebagai anak negeri Terengganu, usahawan negeri, kami rasa kami perlu untuk kemohon kepada kerajaan negeri untuk membeli tanah tersebut supaya kami dapat mengembangkan perniagaan yang sedia ada. Selain member kemudahan kepada pelanggan dan orang ramai dari segi parking percuma.

Malangnya, selepas 3 kali kami memohon, permohonan kami terus ditolak dan ditolak. Dan pada itu, MBKT masuk di tengah, pun nak berebut tanah yang sama. Sepatutnya pihak berkuasa tempatan menjadi fasilitator iaitu pemudah cara kepada kami peniaga, bukannya menjadi ‘compretitor’, berebut tanah yang 1hektar tu, nak juga.

Padahal tanah lain pun rasa banyak lagi. Kenapa berebut tanah belakang tu hok 1 kektar itu. Oleh kerana, kami nak guna sangat tanah tu, MBKT panggil kami, dia cakap, “kalau kami jual pada kamu, dapat guna 1 kali je, kalau kami sewakan kepada kamu, kami dapat makan yang panjang”. Itu jawapan dia. Tidak ada langsung sikap untuk menyokong anak tempatan.

Tetapi lebih kepada menindas. Nak, tak nak, kami terpaksa terima tawaran itu kerana kami nak guna sangat tanah itu. Parking merupakan nadi kepada mana-mana perniagaan. Kalau tak ada parking itu bukan kedai namanya. Walaupun besar dan comel mane pun kedai itu. Tak ade parking, taka de guna kedai itu. Jadi, disebabkan oleh itu, kami sanggup membayar RM4,000 sebulan kepada MBKT semata-mata untuk bagi ruang parking yang percuma kepada orang awam. Dan pada waktu kami memohon untuk membeli tanah tersebut, pada tahun 2000 tanah itu bernilai RM360,000.

Dan pada hari ini, kami menyewa tanah itu lebih setengah juta ringgit kepada MBKT. Dan lebih teruk daripada itu, tanah itu tak boleh dibuat apa-apa hanya untuk parking sahaja. Kami tak dapat tambah ruang kadai, kami tak dapat tambah bangunan. Sebab itu, kami terpaksa sambung sana, sambung sini sebab tak cukup tanah. Nak berniaga tiada tanah. MBKT sepatutnya menyokong kami. Kalau MBKT tidak berebut tanah dengan kami, sudah pasti kami dapat tambah ruang dan bangunan baru, kami dapat menyediakan peluang pekerjaan anak negeri. Mereka sepatutnya melihat secara keseluruhan. Bukan secara pentingkan diri dan berebut dengan rakyat. Nak ambil untung sahaja pada rakyat. Sudah tentu kami nak memulakan perniagaan secepat mungkin. ‘In other’, nak saing persaingan yang ditimbulkan oleh syarikat lain.

Jadi, bangunan siap, normal pegawai MBKT akan datang buat pemeriksaan untuk memberi CF kepada kita. Selepas 2 minggu, kami menunggu banguna yang kosong itu, pihak MBKT tidak datang untuk buat pemeriksaan. Kami terus berhubung dengan pihak MBKT, hantar surat.masuk kerja minggu, tidak hantar juga. Sedangkan masa itu emas tuan-tuan, kami masih menunggu.

Kami ada dua pilihan , masih menunggu atau mati. Kami terpaksa masukkan juga barang. Masa tidak boleh dibuang begitu saja. Masa itu emas, kerana pelaburan yang begitu berjuta-juta sudah dibuat. Kami baut keputusan untuk tidak membuang masa, masukkan barang dulu. Disebabkan barang yang telah dimasukkan, pihak MBKT menggunakan alasan, oleh kerana kami dah masukkan barang , mereka tidak boleh buat pemeriksaan.

Sampai hari ini, 12 tahun sudah tak ada CF. walaupun ketiadaan CF, pihak kami tidak berniat sama sekali untuk engkar pada pihak berkuasa, kami terus berbincang dengan pihak MBKT. Bagaimana kami nak dapatkan CF walaupun apa-apa syarat yang dikenakan. Selepas berbincang beberapa kali, pihak MBKT membuka ruang kembali, dengan mengenakan syarat-syarat tambahan. Kena ikut syarat-syarat tersebut, mungkin kami boleh bagi CF untuk anda.

Untuk itu, kami terus berusaha-berusaha dan ikut. Sebab itu, 17 tahun yang lepas kami tidak pernah gagal untuk memperbaharui lesen. Lessen berniaga, kenapa untuk kali yang ke 18 ini, kami tidak dapat memperbaharui? Dengan alasan CF, sedangkan mereka tahu benda ini dalam proses. Sedang dalam perbincangan. Pihak kami sedang ambil langkah-langkah yang hati-hati untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Kami sedang buat, contohnya, bomba kata, kami kena ada 1 lagi tangga u8ntuk setiap kedai. Kami sanggup buat, walaupun kos tangga RM60,000.

Bomba cakap lagi, lantai kamu punya stor kamu pakai lantai kayu. Mungkin takut kebakaran. Kami tukar semua lantai. Tukar lantai 120 ribu. Tukar lantai sahaja. Pihak bomba faham, untuk buat kerja-kerja sebegini memakan masa. Mereka juga mengutus surat kepada kita untuk memberi tempoh. Benda-benda ini dalam proses. Kenapa tiba-tiba MBKT pergi sekat lesen. Sekat pula dengan cara yang sangat pelik, bila kami datang nak memperbaharui lessen, kerani dia cakap, lessen anda untuk tahun ini tidak dapat diperbaharui. Kenapa?. Jawab dia, kerana bos saya telefon, suruh ‘block’.

Tidak ada surat, tidak ada kertas hitam putih sehingga hari ini. Setahun doh. Berniaga kacang putih tepi jalan pun ada surat berniaga. Tidak mungkin berniaga pasaraya kene sekat macam tu je. Sedangkan kami membuka pekerjaan kepada 400 orang pekerja anak negeri Terengganu. Tak ada ‘Bangla’, tak ada ‘Nepal’ seorang pun kat sabasun ini. Tidak seperti itu lagi, perkara ini terus dibangkitkan sehingga pada hari ini. Jadi, hanya kami tiada lesen, kepada tuan-tuan, isu lesen hanyalah kecil. Pihak kami tidak henti-henti diugut. Pihak kami tidak pernah dihenti-henti dicari kesalahan untuk dihukum.

Saya bagi contoh kepada tuan-tuan, pada tahun 2007. Merupakan tahun yang sangat-sangat mencabar kepada kami. Apabila pihak kerajaan negeri bersetuju untuk membangunkan Giant dan Mydin sekaligus hanya 400 meter dari kedai kami. Perdana menteri bercakap tentang ‘blue ocean strategy’ . kami dah buat, tapi tiba-tiba giant dan mydin dibuat ‘red ocean’. Kami terpaksa berlawan kedai depan mata. Selama 4 tahun kami bertahan 0% keuntungan bersih, berlawan dengan giant dan mydin. Berkat sokongan pelanggan, pembekal, kami mampu bertahan selama 4 tahun.

Selepas 4 tahun bertahan, baru boleh bernafas sikit, cari kat wakaf tembesu. Kami sampai kat sini, asalnya paya, gelap. Tak ada orang kat sini. Kami meneroka tempat ini, sedikit demi sedikit. Bermula dari tahun 2007. Sikit demi sedikit, bila tempat dah naik comel. Bagi peluang kepada 150 orang anak Terengganu kat sini. Tiba-tiba, nak buat bangunan baru kat sini, pihak kerajaan cakap, tanah kami 10 hektar ini akan diambil balik oleh kerajaan atas alasan nak buat Bandar baru perkasa alam. Tanah kami ini akan dibagi kepada orang asing untuk dibangunkan.

Saya difahamkan, Sabasun akan dihalau keluar, ‘Jaya Jusco’ akan bertandang atas tanah kami. Ini yang dikatakan Menang sorak, kampong tergadai, kami anak tempatan, usahawan negeri. Seperti ayam dikepok mati kelaparan, itik di air mati kehausan. Ini akan berlaku seterusnya kepada anak cucu kita, kalau kita tak melakulan apa-apa pada hari ini tuan-tuan. Sekian, terima kasih.

Pemilik Sabasun Hypermarket
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=691412640882867&set=a.443052045718929.104485.160537680637035&type=1&relevant_count=1&ref=nf

Kerajaan di penghujung hayat

Oleh: Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Kerajaan di penghujung hayat adalah kerajaan yang telah zahir padanya tanda-tanda keruntuhan. Banyak petanda bahawa sesebuah kerajaan itu menuju kepada penghujungnya. Antara tanda yang jelas apabila negara sudah tidak terkawal dengan terlalu banyak konflik berlaku sesama rakyat. Kerajaan kelihatan bersikap tidak tolerance dan dibenci oleh banyak puak dan pihak yang merasakan mereka tertindas ataupun hak mereka diketepikan dalam negara sendiri. Kebencian merayap dan keinginan rakyat untuk keadaan itu dihapuskan membuak-buak. Akhirnya rusuhan dan pergaduhan kaum dan puak mula tercetus.
Jika kita lihat dalam sejarah, kejatuhan empayar dan dinasti ialah bermula apabila mereka bersikap tidak tolerance sehingga dalam negara berlaku banyak konflik antara rakyat. Kerajaan bersifat kepuakan dan gagal menaungi inspirasi rakyat yang pelbagai. Politik pecah perintah mungkin menguntungkan golongan politik tertentu untuk sementara waktu, tetapi akhirnya akan menjadikan negara porak peranda.

Firaun mengamalkan politik yang sama yang akhirnya menjatuhkan kerajaannya yang penuh bersejarah. Firman Allah: "Sesungguhnya Firaun telah melampau di bumi (Mesir), dan dia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Dia menindas satu puak kalangan mereka dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya dia dari golongan yang membuat kerosakan. Dan Kami (Allah) hendak memberikan kurnia kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan Kami (Allah) hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (peninggalan Firaun)." (Surah al-Qasas ayat 4-5).
Malaysia

Jika kita lihat keadaan negara ini, kita dapati telah lahir ciri-ciri negara ataupun kerajaan di penghujung hayat. Negara ini sejak kebelakangan ini penuh dengan konflis yang memecah belahkan antara rakyat. Konflik antara agama dalam pelbagai isu yang mana kerajaan kadang-kala mengambil pendekatan yang kurang seimbang. Golongan agama rasmi pula dibiarkan memilih pandangan-pandangan yang bersifat yang tidak sesuai serta sempit untuk masyarakat majmuk. Bermula dari isu larangan orang bukan Muslim masuk masjid sehingga ke isu kalimah Allah kelihatan ditangani dengan nada yang mencetuskan ketegangan antara rakyat. Kenyataan-kenyataan yang bersifat provokasi seakan mendapat tempat dalam media rasmi negara.
Demikian isu-isu perkauman dibangkitkan dalam pelbagai rupa. Golongan yang bersifat rasis memainkan peranan mereka. Sebelum pilihanraya kita lihat isu-isu agama dan kaum yang bersifat provokatif serta berpotensi mencetuskan ketegangan dan rusuhan seakan digalakkan. Kemudian selepas itu, dipanaskan dengan isu-isu mazhab dan aliran fikir dalam Islam. Pegawai KDN yang sepatutnya bertugas menjaga kedamaian negara, bertindak bagaikan batu api yang boleh mencetuskan kebencian dan salah sangka rakyat terhadap kerajaan.
Golongan agamawan bergaji dan tidak bergaji, dihasut oleh beberapa orang dari aliran pengkafir umat iaitu Ahbash yang dalam rekod mereka telah berjaya menimbulkan ketegangan mazhab dan pertumpahan darah di Lebanon sehingga membawa pembunuhan antara aliran di sana. Kini mereka meresap ke dalam negara ini.
Kerajaan tidak boleh terbabit dengan perbalahan aliran fikir. Kerajaan dalam era dunia terbuka hari ini hendak bersifat penaung yang melindungi kebebasan setiap rakyat dengan syarat tidak menggugat keamanan awam. Kerajaan yang matang dan demokratik akan menangani perbezaan rakyat dengan cara yang bijaksana. Kerajaan hendaklah tahu apabila kita mengiktiraf kewujudan sesuatu aliran, bukanlah bererti kita mengakui kebenarannya. Jangan keliru antara mengiktiraf kebenaran di sudut akidah ataupun fekah, dengan mengiktiraf hak kewujudan di sudut politik. Kita mungkin tidak mengiktiraf kebenaran agama dan aliran tertentu, tapi kita mengiktiraf kewujudan dalam negara selagi mereka mematuhi undang-undang negara.
Kepelbagaian
Kebenaran itu boleh menjelma dalam pelbagai ungkapan sekalipun berbeza-beza puak dan aliran. Sebahagian perbezaan itu hanyalah pada cara ia dibahaskan tetapi natijahnya sama iaitu menuju kepada kebenaran. Kerajaan tidak boleh terikut-ikut dengan golongan fanatic perkauman ataupun aliran yang mencetuskan huru-hara antara rakyat disebabkan perbezaan ungkapan dan ucapan, padahal maksudnya sama.
Saya tertarik dengan kisah tokoh besar ilmu kalam iaitu al-Imam Abul Hasan al-Ash'ari (meninggal tahun 330H) yang dinobatkan sebagai benteng Ahlus Sunnah wal Jama'ah dalam menghadapi serangan falsafah. Kata al-Imam al-Zahabi (meninggal 748H) meriwayatkan daripada Zahir bin Ahmad al-Sarakhsi kisah akhir hayat al-Imam Abul Hasan al-Asy'ari: "Apabila ajal menghampiri Abul Hasan al-‘Asy'ari di rumahku di Baghdad, beliau memanggilku. Aku pun datang. Beliau berkata: 'Aku bersaksi bahawa aku tidak mengkafirkan seseorang pun dalam kalangan ahli Kiblat (mereka yang bersolat). Ini kerana setiap orang menuju kepada Tuhan Yang Satu Yang Disembah. Hanya semua ini (perbezaan yang ada) adalah perbezaan ungkapan semata'.
Kemudian al-Imam al-Zahabi menyebut: "Demikian juga guru kami Ibn Taimiyyah pada akhir hayatnya berkata: "Aku tidak mengkafirkan seseorang pun dari umat ini. Nabi SAW bersabda: "Tiada menjaga wuduk melainkan seorang mukmin", maka sesiapa yang melazimi solat dengan wuduk maka dia muslim." (Siyar A'lam al-Nubala, 15/88. Beirut: Muassasah al-Risalah)
Remeh temeh
Kemudian, isu-isu remeh digunakan dalam untuk menimbulkan ketegangan dalam masyarakat. Kuasa agama cuba diheret bersama. Penguasa seakan membiarkan kekalutan ini. Label-melabel dijadikan mainan yang dicampur kuasa pentadbiran. Sebahagian golongan intelek Melayu dilebelkan sebagai liberalist dan diancam dengan kuasa politik. Ada yang dilabel wahabi dan digunakan kuasa pentadbiran.
Untuk membincangkan masalah theology dalam kalangan intelek tidak mengapa. Namun campur tangan kuasa politik dan kuasa agama serta kesempatan yang ambil oleh pihak yang berkepentingan, boleh mencerumuskan negara ke dalam kegawatan.
Hendaklah kita tahu dalam sejarah golongan agama sama ada Yahudi, Kristian dan juga Islam mereka sering mengambil pendekatan memfitnah orang yang berbeza dengan mereka dan mencari penguasa untuk menghukum lawan ataupun pesaing mereka. Ini kerana golongan agama - kecuali yang ikhlas - sering mengumpulkan pengaruh seperti yang dilakukan oleh orang politik dan rela mempertaruhkan apa sahaja untuk survival pengaruh mereka. Rela membunuh dan menyeksa pihak yang berbeza. Inilah yang dilakukan terhadap al-Imam al-Syafi'i, al-Imam Ahmad bin Hanbal, Ibn Taimiyyah dan lain-lain. Dalam sejarah agama Kristian inilah yang berlaku terhadap Martin Luther dan aliran Protestan.

Di satu sudut yang lain, golongan agamawan jenis ini menyibukkan diri dalam isu-isu remeh yang tidak memberikan banyak manfaat kepada rakyat seperti isu qunut subuh ataupun tidak. Padahal itu hanya perkara sunat dalam mazhab Syafi'i. Demikian juga dianggap Wahabi mereka yang mereka solat tarawih lapan rakaat. Padahal rakyat Malaysia yang solat lapan rakaat tarawih bukan kerana Wahabi ataupun tidak. Saudi yang dikatakan Wahabi itu solat 20 rakaat. Di mana Wahabinya? Itu berdasarkan keadaan masing-masing. Patutnya golongan ustaz ini sibuk dengan yang langsung tidak solat.
Malangnya dalam masa yang sama, ramai golongan agamawan berjawatan ini tidak pula menyibukkan diri dengan isu-isu masyarakat yang penting untuk rakyat seperti pandangan Islam tentang ketelusan, rasuah, cukai, isu-isu yang dibangkitkan oleh audit negara, pembaziran dalam kerajaan-kerajaan negeri dan pusat, soal social justice dan pelbagai lagi yang sangat penting dalam Islam.
Konflik
Hasilnya, negara terjerumus dalam konfliks tidak berfaedah. Dari satu konflik kepada satu konflik. Ia menafikan sifat negara yang mahu maju ke hadapan. Ia hanya memesongkan rakyat dari isu-isu penting yang lain dan mengheret mereka kepada pergaduhan sesama sendiri. Dalam satu keadaan mungkin pemerintah beruntung kerana rakyat tidak tertumpu kepada menilai pemerintah kerana sibuk dengan isu pinggiran. Namun dalam jangka tertentu ketegangan boleh membawa kebencian dan seterusnya ketidaksetiaan kepada negara mungkin boleh berlaku.

Maka, kini negara kelihatan berselerakan. Badan-badan agama sibuk mencari isu-isu perbezaan bukan nilai-nilai persamaan untuk diambil manfaat antara rakyat. Orang politik tumpang sekaki. Slogan 1Malaysia yang meraikan perbezaan dan menghidupkan kesatuan antara rakyat menjadi slogan kosong yang tidak bermakna.
Akhirnya kelompok-kelompok minoriti walaupun berbeza antara satu sama lain, tetapi bersatu atas satu asas iaitu membenci kerajaan dan pengurusan kerajaan yang ada. Lalu mereka menjadi majoriti. Jika mereka itu terlebih ekstrim, mereka mungkin mencari jalan menimbulkan ketegangan balas. Golongan muda dan berminda terbuka menganggap kerajaan ini tidak layak mengepalai politik yang sederhana dan bersikap terbuka serta adil dalam penilaian. Kelompok berpendidikan dan moderate inginkan keharmonian dan keadilan untuk semua. Maka kerajaan ini menjadi makin tidak popular dalam kalangan cerdik pandai yang menjadi tulang belakang negara. Negara pun mula reput, kedamaian mula diragut dan berada di penghujung hayatnya.

Sunday, November 10, 2013

Tahniah

Tahniah untuk PDRM atas kejayaan menangkap pembunuh pegawai AmBank di Kota Tinggi hari  ini,berikan keadilan kepada mangsa,dikatakan pembunuh ni warga asing yang mempunyai ic Malaysia.Samaada palsu atau tulen sisatan harus dijalankan bagaimana mereka begitu mudah mendapatkan ic Malaysia dan boleh bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Isu seperti ini membabitkan maruah dan keselamatan negara,tak mustahil ramai lagi yang memiliki ic seperti pembunuh kejam ini.Siasatan secara menyeluruh harus dilakukan untuk mengenal pasti dalang2 yang bertanggungjawab mengedarkan ic ini dan tindakan tegas harus dikenakan kerana mereka2 ini adalah pengkhianat negara.Isu2 seperti ini amat memalukan negara kerana ianya ketara yang negara ini amat mudah dibolosi oleh orang asing dan amat mudah pula untuk memperolehi ic.Tidak mustahil mereka2 ini turut sama mengundi dalam pilihanraya.


Monday, November 4, 2013

Asal-Usul Nama2 Tempat Di Batu Pahat

Kawan nak jemput sesiapa yang ada idea atau tahu tentang asal usul nama2 tempat di Bp ni berkongsi bersama-sama di blog ni,bukan apa untuk pengetahuan bersama,kita tambah pengetahuan tentang Bp yang tercinta ni.Contohnya kalau tahu asal usul nama Sri Gading ke,Senggarang ke,Rengit ke atau tempat lain.kongsikan lah,.boleh email kawan kat sini terima kasih pd yang sudi.


Sunday, November 3, 2013

Kacap Telabik

Kawan anak Batu Pahat, 45tahun kawan hidup lebih separuh  hidup kawan dihabiskan di Batu Pahat,dari kawan kecil sampai sekarang banyak perubahan yang kawan lihat di bandar ini,dah banyak tempat kawan merantau tapi tak sama mcm Batu Pahat.Kdg2 kawan terfikir apa istimewanya Batu Pahat?'Mee Racun'?'Kacap Telabik'?

Ya,salah satu keistimewaan Batu Pahat ialah 'Kacap Telabik'.Bagi orang luar yang belum tahu apa kebendanya ni biar kawan terangkan,'Kacap Telabik' ni maksudnya cakap terbalik,bahasa melayu juga cuma diterbalikan supaya percakapan kita tak difahami orang lain tp majoriti orang Bp faham bahasa ni,contohnya kalau nak cakap makan kita cakap 'kaman',memang kdg2 kedengaran lucu tp sebenarnya berguna dalam situsi tertentu bila kita nak cakap perkara  rahsia yang kita tak nak org lain faham.

Bila orang Bp berada di luar dan dengar seseorang 'kacap telabik' secara otomatik dia tahu orang tu org Bp.
Teringat kawan masa kawan stay kat KL sekitar tahun 90an,setiap kali bulan puasa kawan akan berniaga di Jln TAR depan Mun Loong alah depan Coliseum tu,biasalah barangan rasmi kawan pelikat ,batik,telekung,sejadah,nak jadi cerita satu hari tu ada 2 orang mamat ni datang tempat kawan,kawan pun sapa, cari apa beb? bang pelikat cap gajah ni berapa harga?kawan balas 13 ringgit beb,mamat yang sorang ni pun cakap dengan member sebelah dia "eh hamal la ka'u nyata kedat nasa selupuh girit je",kawan tersenyum simpul bila dengar dia cakap mcm tu..sah orang Bp,kawan pun balas cakap dia "ti'u yalin nyupa ni'i ori ..ti'u kuban".Mamat ni terbengang seketika dia pun tgk member sebelah dia,apalagi kita orang berdekah2 kat situ,teruslah berkenalan,rupanya orang Kg Istana.

Pada hari2 biasa selain bulan puasa,kawan niaga kat Arked Ibukota Masjid India.Dalam Arked Ibukota ni kawan dengan member2 kawan je orang Bp, yang lain orang Kelantan,Terengganu,Minang,jadi "kacap telabik ni banyak memberi kelebihan pada kitaorang apabila nak cakap sesuatu perkara yang kita tak nak diaorang faham.Kdg2 tercengang2 diaorang dengar kita cakap,bila diingat kembali lucu juga.

Begitulah kelebihan Batu Pahat dengan "kacap telabik"nya tapi sekarang ni dah ramai orang dari luar Bp yang dah faham "kacap telabik"ni,tak silap kawan kumpulan Spider pun ada sebuah lagu bertajuk "kacap telabik".Banyak lagi keistimewaan yang ada kat Bp ni.Lain kali kawan kongsikan lagi.Kalau engkauorang ada apa cadangan ke atau nak kongsi apa keistimewaan Bp ni pun boleh.kontek kawan ok.