Aku Blogger

Aku Blogger
Aku Blogger

Sunday, December 1, 2013

Proton oh Proton

Proton pengeluar kereta nasional Malaysia dijangka akan memperkenalkan model pengganti bagi Proton Perdana dalam masa yang terdekat.Dari desas-desus yang kita dengar Proton menjalinkan kerjasama dengan Honda untuk model terbarunya,Proton akan mengunakan model Honda Accord generasi kelapan cuma yang berbeza ialah ianya akan ditampal dengan lambang Proton.

Setelah lebih 20 tahun  sepatutnya Proton telah boleh berdiri dengan sendiri dengan menghasilkan model rekaan sendiri setanding dengan pengeluar kereta yang seusia dengannya seperti KIA atau Hyundai yang telah menggegarkan dunia permotoran dengan model-model yang diterima di seluruh dunia.Namun Proton masih ingin bersaing dengan cara mudah iaitu mengambil model  pengeluar kereta lain dan letakan emblemnya dan mengakuinya kereta Proton seperti yang dilakukan pada model Inspira.Pada saya ini adalah satu langkah kebelakang,balik kezaman awal penubuhannya apabila mengambill model Mitsubishi sebagai model pertamanya.

Apakah Proton sudah ketandusan idea?Proton seperti anak muda berusia lebih 20an yang masih perlu dimanja,dibelai dan ditanggung oleh kedua ibubapanya .Sepatutnya Proton sudah boleh berdikari dan tidak perlu kepada segala jenis keistimewaan seperti waktu ianya baru bermula.Sudah sampai masa segala itu dilepaskan secara beransur-ansur dan berusaha untuk bersaing secara terbuka dengan pengeluar kereta lain.Hanya dengan cara ini Proton boleh menjadi lebih baik.

Sudah sampai juga masanya untuk rakyat Malaysia menikmati harga kereta yang lebih munasabah kerana kami sudah lebih 20 tahun berkorban dengan membayar harga kereta yang lebih tinggi disebabkan pelbagai duti eksais dan cukai yang membebankan yang diperkenalkan semata-mata untuk membantu Proton berkembang.Sudah sampai masanya Proton membalas budi rakyat Malaysia yang membantunya dengan membeli kereta-kereta keluarannya walaupun dengan kualiti yang serba kekurangan kerana itu sahaja pilihan bagi rakyat kebanyakan.Kita tidak perlu melayan saranan pencetus idea kereta nasional iaitu Dr Mahadir supaya Proton terus diberi keistimewaan supaya dapat terus bersaing,kita tidak perlu melayan ego orang seperti ini yang tidak memikirkan kepentingan majoriti rakyat yang terbeban dengan harga kereta yang tidak munasabah.Bukan rahsia lagi kereta Proton di luar negara dijual dengan harga yang jauh lebih murah  berbanding dengan harga yang diperlu dibayar oleh rakyat Malaysia sendiri!

Mengatakan pengkritik Proton sebagai tidak patriotik adalah keterlaluan,patriotik atau tidak bukan diukur dengan jenis kereta yang anda pakai,kalau kita lihat, ramai di kalangan menteri-menteri,orang kenamaan dan keluarga mereka memilih untuk menggunakan kereta-kereta mewah jenama luar negara,apakah mereka tidak patriotik?Semua rakyat berhak mendapatkan yang terbaik dari wang yang dilaburkan,kereta pada masa kini bukanlah barangan mewah tapi satu keperluan bagi kebanyakan rakyat.Justeru Proton haruslah berdikari kerana hanya dengan cara itu sahaja Proton boleh bersaing dengan lebih sihat seterusnya menjadi lebih baik dan berdaya maju.Kalau setakat dengan model perniagaan yang digunakan Proton selama ini tiada apa yang boleh dibanggakan malah negara-negara lain seperti Bangladesh pun boleh melakukan.Buka bisnes, kerajaan buat macam-macam cukai perlindungan,topup modal gunakan duit rakyat semata-mata nak layan ego seorang pemimpin yang mahu dikenali sebagai seorang yang genius bukanlah cara berniaga yang bijak.


                                                              Idea Genius?


           Bandingkan harga Proton di Australia dengan harga yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia!
           Kali kan harga di atas dengan 3=berapa?cuba tengok tawaran kepada rakyat Australia apabila
           membeli model-model Proton dan bandingkan dengan apa yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia
           apabila membeli model-model yang sama!!Waranti 5 tahun,Bantuan kerosakan di jalanan 24jam
           selama 5 tahun,harga servis yang tetap 5 tahun.Idea Genius?.

No comments:

Post a Comment