Aku Blogger

Aku Blogger
Aku Blogger

Monday, December 2, 2013

Harapan Palsu Buat Bangsa Sendiri

Saya (SINAR HARIAN) dan pemilik SABASUN saban minggu bantu rakyat miskin Terengganu Mengapa saya tak percayakan UMNO membela Melayu KES SABASUN...'HARAPAN PALSU' MELAYU Tiba2 ramai yg bercerita mengenai SABASUN. Org di luar Terengganu mungkin tidak peduli atau hairan apa yg hebatnya mengenai SABASUN utk diperkatakan di halaman Facebook. Saya akn cerita serba sedikit pengalaman saya bersama pemilik SABASUN ini. Sebelum itu ramai yg tanya saya mengapa saya kurang semangat kemelayuan. Saya kata bukan tak minat langsung tapi meluat dgn sikap hipokrit perjuangan Melayu yg semata-mata hanyalah 'HARAPAN PALSU' buat org Melayu sendiri. Itulah juga yg diperkatakan oleh Briget Welsh (penulis buku Awakening, Pak Lah) mengenai permainan politik pemimpin2 kita. Tahukah anda, Briget Welsh pernah dibawa oleh seorang Pensyarah IPT ke restoran saya. Dia boleh berbahasa Melayu dan sgt2 'genius'. Dia boleh menganalisa politik dan kedudukan sesuatu kawasan DUN atau Parlimen dgn 'simple mathematics' sahaja dari pilihanraya pertama Malaysia hingga skg. Siapa dia ni sebenarnya...entah. Bila saya 'study' dirinya ada yg mengatakan dia CIA...entah. Yg saya ingin ceritakan ialah mengenai SABASUN. Ketika saya menjadi Ketua Biro Sinar Harian, 2006, SABASUN adalah satu2nya Pasaraya terbesar di Kuala Terengganu. Saya mula mengenali pemiliknya, Che Salmi ketika saya membuat program SINAR HARIAN CAKNA yg diilhamkan oleh saya utk membantu org2 miskin di seluruh Terengganu. Setiap minggu menerusi Skuad Cakna Daerah akan melaporkan kpd saya senarai penduduk miskin yg mereka temui dan setiap minggu bantuan disalurkan hasil tajaan SABASUN. Program pertama bermula, Che Salmi bersama keluarga dan bapanya turut menyertai rombongan ke Kampung Baluh jika tak silap saya. Subhanallah, kagumnya saya dgn pengusaha Pasaraya ni. Pada awalnya saya jangkakan beliau akn dtg dgn kereta BMW 5 s, tapi mereka sekeluarga hanya menaiki Van Nissan Serena buruk. Kelihatan keluarga ini warak2 belaka. Nyata tanggapan saya tidak silap. Mereka perjuang Islam yg tulen. Saban minggu ambil sahaja barang2 keperluan dapur utk disedekahkan kpd org miskin, tiada masalah utk mereka. Malah kerana simpati dgn rakyat Palestin, SABASUN sanggup tidak menjual minuman Coca Cola walaupun setahun penjualan air minuman tersebut mencecah RM 500 ribu. Tawakal mereka bukan sebarang tawakal. Kalau bukan sebarang org tidak boleh jadi seperti mereka. Di kaca TV di pasaraya mereka, sentiasa terpampang kesedaran kpd umat Islam mengenai produk2 Yahudi. Selepas dari itu hubungan kami sgt baik. Saya masih ingat apabila kerajaan negeri Terengganu membawa Mydin dan Giant masuk ke negeri itu, Che Salmi kata, "Allah itu pemberi segala rezeki. Alhamdulillah kami masih bertahan,". Inilah kata2 hebat dari pengusaha SABASUN yg pada awalnya saya ingat pemilik Pasaraya tersebut adalah syarikat dari Jepun. Apabila saya membuka restoran pertama di Kuala Terengganu, dia adalah tetamu yg datang di majlis perasmian dan majlis doa selamat. Malah dia juga memberikan pinjaman kredit beribu ringgit nilainya kpd saya. Sungguh mulia hati pengusaha Pasaraya yg mendapat pendidikan di Amerika ini. Jika anda bukan perniaga anda tidak tahu bagaimana birokrasinya pegawai2 kerajaan ini melayan peniaga bumiputra. Tanyalah Amy Search, selepas 8 bulan berniaga lesen berniaga masih tak lulus. Kenapa???...Saya telah dipanggil oleh Amy utk membantunya utk menguruskan lesen perniagaan selepas pengurusnya gagal utk berbuat demikian. Rupa2nya tak ada masalah pun...masalahnya...hampa sendiri faham2 la. Bukan ingin menuduh semua tetapi beginilah nasib perniaga bumiputra yg cuba berniaga dgn cara diredhai Allah. Sesetengah pegawai lebih suka berurusan dgn peniaga bukan bumiputra. Bila kita ada ide dan sebagainya, bila diajukan ada sahaja halangan. Tapi jika bangsa lain, tanah tepi laut pun boleh diserahkan jika mereka mahu...kenapa??? Itulah yg saya katakan kita diberikan harapan palsu. Sentimen bangsa ini hanyalah kata2 politik. Seperti kata Briget, hanya golongan pertengahan dan bawahan sahaja yg kuat sentimen bangsa tetapi tidak di kalangan kelas atasan. Sebelum ini saya pernah memberitahu, Perbadanan Negeri mesti aktif semula utk membina rumah2 dan lot2 kedai utk menjadikan Melayu sebagai peniaga dan pemilik. Bayangkan ketika ini saya mengandaikan hanya 20% peniaga Melayu yg berniaga di kedai milik sendiri. Selebihnya menyewa. Jika kita menyewa RM 10 ribu sebulan seperti di Sabah ini utk tempoh 10 tahun, bermakna kita sudah membayar RM 1.2 juta kpd pemilik kedai. Kenapa org Melayu tidak memiliki kedai...jawapannya mudah kerana pemajunya bukan bumiputra. Bila Melayu nak beli...sudah habis dijual...huhuh. Berbalik kpd soal SABASUN, saya merasakan ia adalah perbuatan yg sgt kejam dari penguasa Melayu kpd pengusaha Melayu. Mungkin kerana kejujuran dlm perniagaan yg diamalkan oleh SABASUN mereka dilayan sebegitu rupa..wallhuallam. Jika tidak mengapa anak tempatan yg dikenali oleh rakyat Terengganu sebagai dermawan boleh diperlakukan sebegitu sekali???

No comments:

Post a Comment