Aku Blogger

Aku Blogger
Aku Blogger

Monday, December 16, 2013

Di mana silapnya Proton?


Kadang-kadang tiba masa, Berita Semasa akan terfikir seketika bagaimana negara gajah putih seperti Thailand menjadi hub automotif iaitu NO.1 di Asia Tenggara diikuti Indonesia. Apa yang hebatnya mereka? Apa kurangnya Malaysia? Di mana silapnya?
Bagi Berita Semasa ini supaya berpunca daripada tabiat golongan yang berkepentingan dan berkuasa mahu terus membela lelaki tua yang telah sakit dan dasar automotif negara hanya bersifat setempat. Berita Semasa tidak menafikan langsung penambaikan yang berlaku pada model-model terbaru seperti Proton. Tetapi atas nama mahu menjaga kepentingan Proton akhirnya industri automotif mendapat tempias buruk sama.

Kereta Proton = Kereta Nasional. Jualan Terjamin!

Malaysia Vs ThailandKonsep kereta nasional yang diperkenalkan di Malaysia adalah satu industri yang tenat. Ia hanya bergantung semangat patriotik bagi melindungi terus industri yang tidak cekap ditambah dengan pelarasan cukai yang tinggi baik kepada kereta Nasonal sendiri mahupun kereta import. Akhirnya? Akhirnya pembeli kereta di Malaysia iaitu rakyat Malaysia menjadi mangsa & “terkorban”.
Terbaru atas nama alasan untuk membela Proton iaitu :
Jika kereta nasional dihapuskan jualannnya di Malaysia, ia akan menyebabkan negara kehilangan RM12 bilion dalam pertukaran matawang asing setahun dengan mengandaikan harga sebuah kereta sekitar RM40,000 melibatkan RM300,000 kereta nasional ditambah dnegan kos mengimport kereta import. Siapa kata? Arkitek bagi polisi Proton Tun Dr Mahathir yang dimiliki taikun Syed Mokhtar Al Bukhary melalui DRB Hicom.
Melihatkan pandangan di atas, agak logik juga. Tetapi….ada tetapinya.
Tetapi, jikalau dikaji dengan lebih lanjut melihatkan antara ungkapan yang biasa digunakan oleh kalangan ahli perniagaan. Apa dia? “High pain, high gain”

Buang Tongkat Proton

Apa yang Berita Semasa cadangkan, adalah supaya usah lagi diberikan tongkat dan perlindungan serta keutamaan kepada Proton. Insyaallah, kasar aliran tunai akan mula menyusut dan pendapatan negara akan meningkat dan menjadi ekonomi negara kembali mampan. Dengan menjadikan industri automotif negara lebih liberal, pengeluar kereta akan datang berkumpul dan berkampung untuk melabur ke Malaysia. Akhirnya kita Malaysia akan menjadi pengeksport sebenar kereta dan bahagian-bahagian aksesori. Kuncinya?
Proton MalaysiaMembuat jualan dengan cara mengenakan cukai kereta yang tinggi terhadap kereta import dengan harapan memberikan laluan untuk kereta Nasional untuk membuat jualan, adalah persaingan yang tidak adil dalam industri automotif dan memberikan bebanan hutang yang tinggi pembeli seperti rakyat Malaysia. Hyundai dari Korea Selatan, di mana mereka sekarang? Terus memanjat satu satu tangga untuk menakluk dunia. Apatah lagi umur Hyundai jauh lebih muda berbanding Proton. Tetapi di mana Proton sekarang selepas 28 tahun lamanya?
Tetapi media di Malaysia begitu takut untuk meletakkan kalimah kegagalan kepada Proton. Semacam penghinaan kepada mereka, satu karakter yang sepatutnya tidak patut ada dalam diri syarikat seperti Proton.
Kuncinya adalah membuang idea yang dipanggil istilah keramat dan sebuatan ramai selama ini iaitu, kereta Nasional. Jika ada kereta Nasional, adakah akan ada TV nasional, peti sejuk, loro, motosikal nasional atau apa-apa lagi selepas ini? Buat jualan bukan atas nama kereta Nasional tetapi kualiti.
Kereta Proton
Sumber : Thailand Automotive Institute (TAI)

Industri Automotif Thailand VS Industri Automotif Malaysia

Apa kereta dijual jauh lebih murah dan berpatutan, industri automotif akan terus bertenaga yang akan terbitnya potensi import yang tinggi sekaligus mampu meningkatkan pendapatan negara ke angka yang lebih tinggi :
  • Cara buat duit sekarang dengan industri kereta : kenakan cukai kereta tinggi RM 7 bilion
  • Cara buat duit pada masa akan datang yang lebih cekap : perbanyakan penghasilan & pengeluaran kereta untuk tujuan eksport
Mari kita lihat dan bandingkan industri automotif Thailand dengan Malaysia :
  • Thailand berjaya menghasilkan kira-kira 2.5 juta kenderaan.
  • Malaysia hanya menghasilkan sekitar 500,000 kenderaan sahaja, hanya satu perlima daripada Thailand
  • Thailand mengeksport lebih daripada 40 % berbanding Malaysia
  • Pendapatan eksport kereta untuk Thailand berjumlah US$27 bilion (lebih RM86 bilion) pada tahun 2011! Malaysia?
  • Thailand adalah pengeluar kereta ke-10 terbesar di dunia. Malaysia?
Bagaimana Thailand boleh berjaya melaksanakan dan mencapainya?
  1. Di Thailand, tiada kereta Nasional. Kerajaan Thailand tidak membela pembuat kereta. Semuanya diberikan lapangan yang sama rata.
  2. Dasar-dasarnya adalah liberal dan peluang yang sama diberikan di kalangan pelabur bermakna bahawa tidak ada diskriminasi dan diwujudkan persaingan bebas.
Sumber : Global Automobile Production Ranking 2012
Kereta MalaysiaKita tidak perlu membunuh Proton, tidak perlu. Cuma biarkan mereka berjalan sendiri. Sudah terlalu lama Proton berjalan “bertongkat”. Hanya perlu mengumumkan dasar tidak diskriminasi yang akan berkuat kuasa selama lima tahun daripada sekarang. Dan, pada masa itu mahu atau tidak Proton akan terus mencari rakan kongsi teknologi kerana ia perlu untuk terus hidup.
Anggaplah teguran kami ini kerana mahukan industri automotif Malaysia terus berkembang. Kami cemburukan kejayaan negara gajah putih. Jikalau Thailand boleh, mengapa tidak Malaysia?
P/S : Kepelbagaian sumber pendapatan negara bukan hanya berpaksikan kepada GST semata, malah boleh dipelbagaikan lagi, dengan cara merancakkan lagi indystri automotif negara. 

Sumber;Di sini

Sunday, December 15, 2013

Tablet Terbaik2013

HP Slate 7
10. HP Slate 7
Tablet dengan saiz 7 inci ini berharga RM499 ketika ia mula-mula diperkenalkan. Lengkap dengan OS Android 4.1 Jelly Bean. Ia menggunakan pemproses dual core ARM Cortex A9 1.6GHz, resolusi skrin 1024 x 600 piksel di samping memori dalaman. Jangka hayat bateri sekitar 5 jam dengan kamera 3 megapiksel.
Amazon Kindle Fire HDX 8.9
9. Amazon Kindle Fire HDX 8.9
Amazon Kindle Fire HDX 8.9 antara hasil keluaran Kindle yang menarik sesuai untuk ulat buku. Tetapi kali ini tidak terhad sekadar membaca saja dengan ciri seperti prestasi melayari internet yang betul-betul laju dan navigasi UI menarik. Tablet bersaiz 8.9 inci ini menggunakan OS Fire 3.0 Mojito dan pemproses Qualcomm Snapdragon 2.2 GHz.
Lenovo Yoga Tablet 8
8. Lenovo Yoga Tablet 8
Tablet yang sangat nipis mempunyai RAM sebanyak 1GB dengan pemproses selaju 1.2GHz menggunakan OS Android 4.2 Jelly Bean. Saiz skrinnya 8 inci mempunyai reka bentuk sedikit melengkung di bahagian bawah.
ASUS VivoTab Smart
7. ASUS VivoTab Smart
Menggunakan OS Windows 8, tablet ini mampu bertahan selama 9.5 jam dengan tahap kenipisan 9.7 milimeter. Beratnya pula hanyalah 580 gram dengan memori 64GB. Ketika ia mula-mula dikeluarkan, harganya sekitar RM1,799.
LG G Pad 8.3
6. LG G Pad 8.3
LG G Pad 8.3 mempunyai paparan HD penuh bersaiz 8.3 inci lengkap dengan bateri berkapasiti 4600mAh. Ia menggunakan pemproses Qualcomm Snapdragon 600 1.7GHz Quad Core di samping beberapa aplikasi khas seperti QPair dan QMemo yang membenarkan nota ditaip dalam tablet disimpan dan dipindahkan ke mana-mana telefon pintar.
Nokia Lumia 2520
5. Nokia Lumia 2520
Akhirnya Nokia datang dengan tablet pertama Lumia 2520 yang menggunakan OS Windows RT 8.1, rangkaian LTE pada skrin HD bersaiz 10.1 inci. Menariknya, kamera tablet ini dengan resolusi 6.7 megapiksel pertama kali tablet menggunakan lensa optik ZEISS.
Samsung Galaxy Note 8
4. Samsung Galaxy Note 8
Edisi tablet bagi Note mempopularkan Samsung dengan saiz 8 inci pula dengan pemproses Quad Core dan RAM 2GB. Tidak cukup dengan itu ia menggunakan pemproses 1.6GHz quad-core dan beroperasi pada OS Android 4.1 Jelly Bean.
Google Nexus 7
3. Google Nexus 7
Nexus 7 baru pada 2013 lebih nipis, ringan dan laju. Ia mempunyai skrin 7 inci tetapi jumlah piksel sebanyak 2.3 juta menjadikan 323 piksel pada setiap inci tablet lebih menampilkan skrin yang benar-benar jelas. Dengan tahap keringanan hanya 290 gram, tablet ini mampu memainkan video HD sehingga 9 jam. Ia dijual pada harga USD229.
Microsoft Surface Pro 2
2. Microsoft Surface Pro 2
Tablet yang nampak macam tablet yang terlalu serius. Meskipun ia tablet kerja, Surface memang baik untuk kedua-duanya (termasuk hiburan) apatah lagi dengan pemproses Haswell dari Intel. Dengan paparan 10.6 inci, ia lengkap dengan pemproses Intel Core i5 generasi ke-5. Sebenarnya, ia dah jadi macam komputer.

Sumber: Di sini
iPad Air

10 negara dengan internet paling laju

10. Taiwan
Dengan kelajuan 39.5 megabit sesaat atau Mbps, Taiwan yang mempunyai populasi 23.3 juta orang itu mengalami peningkatan penggunaan internet sehingga 22 peratus. Negara itu juga kini aktif dalam industri teknologi maklumat dengan beberapa syarikat popular lahir di sini seperti HTC dan ASUS.
9. Belgium
Negara di bawah Kesatuan Eropah (EU) yang menempatkan ibu pejabat seperti NATO ini mempunyai kelajuan internet 39.9 Mbps. Belgium mempunyai penduduk sebanyak 11.1 juta orang dengan ibu negaranya, Brussels.
8. Israel
Negara ini mempunyai beberapa syarikat teknologi seperti Waze. Ia juga mempunyai pelan jalur lebar jangka panjang walaupun berdepan konflik. Kapasiti kelajuan internet di negara ini adalah sepantas 40.1 Mbps.
7. Switzerland
Popular dengan hab sebagai pusat kewangan dunia, Switzerland mempunyai purata kelajuan internet 41.4 Mbps. Ia meningkat sebanyak 3.9 peratus berbanding tahun lepas. Negara ini mempunyai populasi sebanyak 8 juta orang.
6. Latvia
Latvia bukanlah negara yang popular di Eropah malah ia juga langsung tidak terkenal dalam penghasilan dan pengeluaran bakat-bakat teknologi tetapi negara itu mempunyai kelajuan internet sehingga 44.6 Mbps.
5. Singapura
Populasi Singapura hanya 5.4 juta tetapi ia telah menjadi hab serantau yang popular memiliki kepantasan internet 45.6 Mbps iaitu 59 peratus lebih tinggi berbanding purata kelajuan seluruh dunia iaitu 18.9 peratus.
4. Romania
Ibu negaranya ialah Bucharest dan Romania mempunyai kepantasan internet 47.5 Mbps dengan populasi seramai 20.1 juta orang. Ia mempunyai industri yang hebat seperti telekomunikasi, aeroangkasa dan persenjataan.
3. Jepun
Negara yang bukan saja terkenal dengan 'manga' atau komik ini tetapi juga mempunyai kepakaran dalam elektronik. Lihat sajalah nama-nama gah seperti Sony, Panasonic, Nikon, Canon dan banyak lagi. Menariknya, kerajaan negara itu amat mementingkan kelajuan internet melebihi perkara lain dalam agenda negara. Jepun mempunyai populasi sebanyak 127.2 juta orang. Kelajuannya? 48.8 Mbps.
2. Korea Selatan
Kalau ada yang pernah ke negara ini, mereka pasti bersetuju Korea Selatan memang mempunyai kepantasan internet yang mengagumkan dan anda boleh mendapatkan wifi di kebanyakan tempat dengan percuma.. Ia ditambah dengan industri game online yang semakin bercambah. Tambahan pula, terdapat mengatakan kadar untuk membeli kelajuan 100Mbps hanyalah kira-kira RM100 saja. Kini Korea Selatan mempunyai purata kelajuan internet selaju 53.3 Mbps.
1. Hong Kong
Hong Kong mempunyai penduduk sebanyak 7.2 juta orang tetapi keluasan negara sebanyak 1,104 kilometer persegi itu (Malaysia mempunyai 329,847 kilometer persegi) dengan kelajuan internet 65.1 Mbps. Anda boleh muat turun filem HD yang berkapasiti 1GB mungkin dengan hanya kurang tiga minit?
Di manakah kedudukan Malaysia? Menurut Akamai Technologies, pada suku pertama tahun ini, kelajuannya adalah 2.7 Mbps.
Malaysia di tangga keberapa korang agak la sendiri
sumber:Di sini

Friday, December 13, 2013

Bomoh Bola

Sambil menanti hansard sesi kedua Kedai Kopi Assembly (KKA) siap, izinkan saya menyebut sikit mengenai bola sepak tanah air.
Sebelum itu, saya perlu jelaskan yang saya bukan kaki bola atau peminat tegar sukan. Namun saya baca mengenai sukan kerana sejak lebih sedekad, tabiat saya adalah membaca akhbar dari belakang ke hadapan. Sukan, antarabangsa dan ekonomi. Kalau ada semangat yang kuat barulah baca berita di hadapan yang sering memeningkan.
Daripada apa yang saya baca, tonton dan dengar daripada media massa dan diceritakan oleh kaki bola, nampaknya macam-macam sudah dilakukan bagi menaikkan taraf bola sepak negara. Tahniah kepada semua pihak terlibat.
Kerajaan sudah beri bantuan. Kaki bola (Khairy Jamaluddin) sudah jadi Menteri Belia dan Sukan. Pemain dan pelatih luar sudah diimport. Gaji pemain bola lumayan. Persekutuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah pecat-memecat. Pintu stadium sudah dirempuh dan padang bola sudah ditakluki.
Kita ada akademi bola. Kita ada Harimau Muda. Kita ada Harimau Malaya. Boleh kata macam-macam sudah ada. Peminat bola bertambah ramai dan semakin fanatik sampai sanggup bergaduh.
Saya dimaklumkan oleh seorang kawan yang dua tahun jadi sukarelawan Harimau Muda bahawa itulah satu-satunya harapan masa depan bola sepak Malaysia yang menunjukkan harapan. Jadi jangan rosakkan mereka dengan politik bola dan sogokan.
Mengapa mutu bola terus hambar?
Malaysia masih “jaguh kampung”. Dalam penarafan (ranking) terbaru FIFA (2013), Malaysia jatuh nombor 158 (ya, satu ratus lima puluh lapan) daripada 207 negara dan wilayah di dunia yang menjadiahli FIFA.  Kalau di Asia, hanya Vietnam, Indonesia, Laos, Sri Lanka, Pakistan, Taiwan, Mongolia, Brunei, Macau dan Bhutan lebih teruk daripada kita.
Jadi kalau macam-macam Malaysia sudah buat, tapi mutu bola sepak masih half past six, apakah sebabnya?
Fikir punya fikir, saya rasa ada satu saja sebab. Kita abaikan bomoh bola. Bomoh ada macam-macam bomoh. Ada bomoh yang kita boleh percaya sebab mereka guna kaedah Islam atau yang tidak bercanggah dengan akidah. Tapi majoriti buat kerja-kerja bidaah.
Saya bukan sekali-kali peminat bomoh kelas dunia. Tapi bagi bola sepak Malaysia, nampaknya yang belum dibuat atau, kalau sudah buat, tapi sembunyi-sembunyi adalah memperkasakan bomoh bola.
Justeru, boleh jadi kaki bola hendak cadangkan kepada FAM dan persatuan negeri supaya lantik bomoh bola.
Zaman saya remaja dulu, kaki bola amat hormat kepada bomoh bola. Lagi-lagilah bila pasukan yang dia jadi bomoh, menang. Tabik spring.
Bomoh bola sama naik dengan pawang buaya. Atas daripada bomoh guna-guna dan lebih dihormati daripada bomoh nombor ekor.
Kalau kita kekurangan bomoh bola sebab sudah lama diabaikan, FAM boleh benarkan pasukan bola import bomoh bola asing sebagai langkah sementara.
Kawan saya, Zainol Fakir, bekas pengarang Mastika beritahu saya, bomoh Siam hebat. Tapi ada yang kata bomoh dari India, Burma, Indonesia dan Afrika pun hebat juga. Kalau bomoh Afrika, kemungkinannya mereka amalkan voodoo.
Ikut cerita, orang yang kena jampi bomoh voodoo boleh jadi zombi (mayat hidup). Bayangkan Malaysia lawan Singapura. Bomoh voodoo kita jampi pemain Singapura jadi zombi macam dalam drama TV “The Walking Dead”. Fuyoo! Atau Kelantan buat pemain Pahang kembung perut.
Zainal kata, bomoh Siam boleh buat perut kembung sampai meletup. Dia kata, ada beberapa orang pencuri lembu di Sik, Kedah meletup perut kena jampi bomoh Siam yang diupah oleh tuan lembu.
Tidak kiralah bomoh tempatan atau bomoh import, asalkan tidak langgar peraturan FIFA. Tapi kalau FIFA tidak benarkan, jangan cuba sebab takut kena gantung atau dipecat terus.
Tapi sebelum FAM terima cadangan saya ini, elok tanya Ustaz Kazim dan mana-mana ustaz moden yang faham hal bomoh dan bola. Kita tidak mahu langgar akidah.
Maju sukan kerana negara! Wallahuaklam. – kadirjasin.blogspot.com, 13 Disember, 2013.


Sunday, December 8, 2013

Rosmah Patut Jadi Menteri?


DALAM banyak-banyak tajuk berita media arus perdana dan media baru mengenai Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang berakhir semalam, satu yang menjadi bahan perbualan adalah puji-pujian yang Presiden Umno merangkap Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, curahkan kepada isterinya, Rosmah Mansor. Berucap menggulung perbahasan pada 7 Disember, Mohd Najib memuji Rosmah kerana jasanya kepada negara. Dia menyebut dua peristiwa di mana Rosmah membantu negara. Pertama menolong membebaskan seorang pelajar Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Mesir kerana disyaki pengintip. Kedua menggunakan hubungan baiknya dengan keluarga di raja Arab Saudi bagi membenarkan pelajar Malaysia yang lari daripada pemberontakan Mesir untuk masuk ke negara tanpa visa. Berpandukan maklumat Mohd Najib itu, eloklah beliau menimbang semula kedudukan Menteri Luar Negeri, Anifah Aman, kerana ternyata beliau tidak seberkesan Rosmah dalam menyelesaikan krisis antarabangsa. Begitu juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian, Mustapa Mohamed, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia Rohani Abdul Karim dan Menteri Pelajaran, Muhyiddin Mohd Yassin, kerana Rosmah juga terlibat di sana sini dalam tugas-tugas yang sepatutnya dilaksanakan oleh menteri-menteri berkenaan. Dengan cara ini kita boleh menggugurkan menteri-menteri yang tidak “perform” dan sekali gus menjimatkan perbelanjaan negara dengan mengurangkan bilangan kementerian. Saya dah berbuih mulut macam lembu kena penyakit kuku dan mulut mencadangkan agar Rosmah masuk politik, dilantik jadi menteri. Malah Perdana Menteri jika mendapat kepercayaan rakyat jelata. Lembu kena penyakit kuku dan mulut (FMD) Walaupun PRU telah berlalu, PM dan penyokong-penyokong Rosmah masih boleh melakukannya dengan melantik beliau Senator dan seterusnya menteri. Apabila ini dilakukan, tidak ada siapa boleh membantah campur tangan beliau atau menuduh suami beliau dan Kabinet menyalahgunakan kuasa dengan membenarkan beliau menggunakan kemudahan kerajaan. Jawatan yang sesuai bagi belia ialah Menteri Tugas-Tugas Khas. Tetapi saya sangat kecil hati dengan salah seorang penyokong PM yang menuduh semua lelaki, kecuali Mohd Najib, tidak sayangkan bini. Saya bantah sekeras-kerasnya tuduhan beliau itu. Media massa melaporkan wakil Wilayah Persekutuan, Affandi Zahari sebagai berkata bahawa isteri Perdana Menteri elok dibenarkan menggunakan jet eksekutif kerajaan demi memberi ketenangan kepada suaminya. “Bolehkah anda bayangkan tekanan emosi yang Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak akan tanggung sekiranya sesuatu yang buruk berlaku kepada isterinya ketika terbang dengan pesawat komersial?” kata beliau. Menurut laporan, Affandi berhujah sedemikian bagi mempertahankan Rosmah yang dikritik kerana menggunakan jet eksekutif kerajaan untuk perjalanannya. Kata Affandi, kalau Rosmah berada dalam jet eksekutif, Mohd Najib tidak perlu bimbang keselamatannya dan menambah yang orang bodoh pun tahu terbang dengan jet eksekutif lebih mahal daripada terbang dengan jet komersial, tetapi kita kena lihat daripada aspek keselamatan. "Bayangkan tekanan emosi ke atas PM jika sesuatu (yang buruk) kepada isterinya. "Dia sayangkan isterinya, tidak seperti lelaki-lelaki lain.”. Tidak mengapalah kalau Affandi hendak pertahankan Mohd Najib dan Rosmah. Itulah pun tugas pembahas PAU. Tetapi kalau benar dia mengatakan lelaki-lelaki lain tidak sayang (love) isteri, saya rasa itu satu cemuhan dan penghinaan yang sangat dahsyat. Takkan lah Osman Koping (tu bulan tu bintang, atas pokok kayu ara, tu dia sudah datang orang korporat kampung kita – seloka Johan Jaaffar) tak “love” bini? Cuma sebagai penggali kubur (yang mengaku ahli korporat) tentulah Osman Koping tidak mampu membayar isterinya terbang dengan jet eksekutif tidak kira sehebat mana “love” beliau kepada isterinya. Nenek moyang kita yang bijaksana dan budiman mengingatkan kita tentang sokong yang membawa rebah. Wallahuaklam. Sumber: kadirjasin.blogspot.com

Friday, December 6, 2013

Kenali Penyakit Kayap

KEBANYAKAN rakyat Malaysia sedar mengenai cacar air, iaitu virus varicella zoster (VZV) yang sangat mudah berjangkit dan menyebabkan ruam seakan-akan lepuh.
        
Walaupun setelah seseorang pesakit cacar air sembuh, virus yang sama akan duduk terpendam di dalam sel sarafnya selama bertahun-tahun sehinggalah virus berkenaan mencetus semula lalu menyebabkan ruam kulit yang menyakitkan.
        
Pengaktifan semula ini mengakibatkan kayap atau herpes zoster (HZ).
        
Kayap adalah ruam yang amat menyakitkan dan sukar ditanggung. Kayap juga boleh mengakibatkan komplikasi yang serius kepada golongan yang sudah lanjut usia.
        
Malangnya, kayap tidak difahami oleh ramai rakyat Malaysia yang menyangka bahawa mereka hanya boleh dijangkiti virus cacar air sekali dalam hidup mereka, kata Ketua dan Perunding Perubatan Kanan, Unit Penyakit Berjangkit di Jabatan Perubatan Hospital Sungai Buloh, Datuk Dr. Christopher Lee pada bengkel media anjuran MSD, syarikat penjagaan kesihatan yang ulung, di sini baru-baru ini.
       
RISIKO MENINGKAT IKUT USIA
       
Sebaliknya, risiko menghidap kayap meningkat secara mendadak pada usia 50-an tahun kerana sistem imun golongan yang lebih tua biasanya lemah.
        
"Sesiapa sahaja yang pernah menghidap cacar air berisiko menghidap kayap. Dan kerana risiko ini meningkat apabila umur meningkat, kira-kira 50 peratus daripada mereka yang mencapai usia 85 tahun pernah atau akan menghidap kayap pada sesuatu masa dalam hidupnya," kata Dr Lee.
        
"Rakyat Malaysia perlu dididik mengenai risiko menghidap kayap dan pilihan yang ada untuk mengelakkan penyakit yang menderitakan ini. Cara meramalkan sebab-sebab kayap aktif semula atau keterukan penyakit ini tidak diketahui",katanya.
       
SIMPTOM AWAL KAYAP
       
Menurut Dr Lee, antara simptom awal kayap adalah rasa gatal, gelenyar atau pedih.
        
Ini akan menjadi ruam berupa lepuh berisi cecair yang mungkin diiringi rasa sakit yang ringan hingga teruk dan selalunya berlaku hanya di sebelah badan atau muka.
        
Kayap yang tidak dirawat boleh mengakibatkan neuralgia pascaherpes (PHN), iaitu kesakitan saraf jangka panjang yang boleh berlanjutan sehingga berbulan-bulan dan dalam beberapa keadaan, selama bertahun-tahun.
        
"Mujurlah, penyakit yang menderitakan ini kini boleh dicegah dengan vaksin", tambah Dr Lee.
       
APA ITU PHN
       
PHN adalah komplikasi kayap yang paling lazim berlaku dan didefinisikan sebagai rasa sakit yang berlarutan melebihi 90 hari selepas timbulnya ruam. Komplikasi ini diakibatkan oleh kerosakan pada urat saraf yang disebabkan oleh virus zoster yang membiak.
        
Sama seperti komplikasi perubatan yang lain, risiko seseorang menghidap PHN selepas menghidap kayap akan meningkat dengan usia. Kurang daripada seorang dalam setiap 50 pesakit kayap yang belum mencapai usia 60 tahun akan menghidap neuralgia pascaherpes.
        
Bagaimanapun, bagi pesakit yang berusia 60 hingga 69 tahun, angkanya meningkat kepada tujuh peratus, manakala bagi mereka yang berusia lebih 70 tahun hampir 20 peratus mungkin akan mengalami PHN.
        
Namun, kebanyakan pesakit yang menghidap kes acute zoster boleh mendapat alodinia di mana sentuhan pakaian yang lembut atau bayu yang bertiup di kulit juga boleh menyebabkan kesakitan.
        
Antara komplikasi serius yang lain ialah parut, hilang pendengaran, jangkitan kulit, dan lemah otot.

KESAN KAYAP
       
Malangnya, cara menyembuhkan kayap masih belum diketahui. Pilihan rawatan seperti ubat anti-virus hanya boleh mengurangkan tahap kesakitannya dan tempoh penyakit ini, tetapi tidak boleh mencegah neuralgia pascaherpes yang menyebabkan penderitaan akibat kayap dalam kalangan golongan yang lebih tua.
        
Kesan jangka panjang kayap dan komplikasi yang berkaitan dengannya boleh menjejaskan kehidupan harian pesakit.
        
Dalam satu kajian, hampir 40 peratus pesakit menyatakan bahawa mereka menghadapi kesukaran walaupun untuk ‘keluar dari rumah’ atau ‘pergi membeli-belah’.
        
Sesetengah pesakit juga menjadi murung, resah dan terganggu emosinya. Kayap menjadi bebanan kewangan yang berat terhadap pesakit, keluarga dan masyarakat secara keseluruhan.
       
KAWALAN MENERUSI VAKSIN
       
Bilangan orang dewasa yang berisiko menghidap kayap semakin tinggi setiap tahun. Antara tahun 2000 hingga 2050, bilangan penduduk dunia yang melebihi usia 60 tahun dianggarkan akan berganda daripada kira-kira 11 peratus kepada 22 peratus.
        
Seiring dengan arah aliran global, penduduk Malaysia juga semakin menua.
    
Pada tahun 2013, penduduk Malaysia yang berusia lebih 50 tahun dianggarkan berjumlah 4.34 juta, iaitu kira-kira 14.6 peratus daripada jumlah penduduk negara.
        
Golongan usia ini dijangka mencapai 11.46 juta menjelang tahun 2040 atau kira-kira 29.7 peratus.
        
Menurut Pusat Pengawalan Dan Pencegahan Penyakit, pemvaksinan ialah satu-satunya cara mengurangkan risiko menghidap kayap dan rasa sakit jangka panjang berikutannya.
        
Menurut Pengarah Eksekutif Vaksin Untuk Orang Dewasa di bahagian Hal Ehwal Perubatan Dan Dasar Vaksin Global, Merck Vaccines, Dr. Eddy Bresnitz, apabila seseorang itu terdedah kepada organisme penyebab penyakit, sistem imunnya akan cuba melawan virus berkenaan.
        
Hasil barisan pertahanan badan yang berjaya biasanya ialah keimunan.
        
"Badan kita biasanya menghasilkan bahan bergelar antibodi atau sel-sel darah pelindung yang khusus untuk menentang virus yang tertentu, contohnya virus cacar air, dan membentuk “ingatan” mengenai pendedahan itu yang boleh dicetuskan semula sebagai perlindungan pada masa akan datang.
        
"Apabila berlaku lagi pendedahan kepada virus yang sama, antibodi dan sel-sel darah pelindung yang beredar di dalam darah akan menghalang virus berkenaan menyebabkan penyakit, ataupun meringankan keterukan penyakit yang disebabkan oleh virus itu.
        
"Vaksin bertindak dengan cara yang serupa. Bagaimanapun, vaksin mewujudkan tindak balas imun yang serupa dengan jangkitan semula jadi tetapi pesakit tidak mengalami penyakit itu.
        
"Bagi vaksin kayap, pemvaksinan menguatkan keimunan semula jadi yang mula-mula diperoleh oleh pesakit semasa menghidapi cacar air sewaktu kecil.
        
"Keimunan yang diperkuat oleh vaksin ini menghalang virus cacar air menjadi aktif semula apabila keimunan semula jadi pesakit itu beransur lemah dengan usia yang meningkat," tambah Dr. Bresnitz.
        
Ketua Bahagian Geriatrik, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Prof Philip Poi menekankan bahawa pemvaksinan itu penting pada setiap peringkat hidup seseorang.
   
Orang dewasa perlu tahu bahawa ada vaksin untuk mencegah penyakit dan jangkitan.

"Tanpa mengira usia, imunisasi diperlukan demi kesihatan kita. Selepas beberapa lama, keimunan daripada vaksin yang kita terima semasa zaman kanak-kanak boleh menjadi lemah dan kita mungkin berisiko menghidap penyakit yang baru dan berlainan.
        
"Cabaran yang dihadapi adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia bahawa kita boleh diimunkan terhadap penyakit," kata Prof Poi. - 

Sumber:Bernama

Mengampu dan Membodek Amalan Kita

Pau  setiap tahun memang pentas untuk menunjukan siapa paling kuat mengampu ,kita baca apa kata pengampu ni,bukan nak bincang masalah kehidupan rakyat dan bagaimana nak naik taraf orang melayu,selain daripada itu ianya juga pentas untuk memfitnah,memaki hamun prmbangkang.Sampai bila umno nak jadi mcmni?mereka tahu setiap kali pru,undi untuk mereka mengurang tetapi tiada usaha nak baiki prestasi,asyik salahkan orang lain.Cuba muhasabah sendiri kenapa majoriti rakyat membenci.Mari kita hayati contoh pengampu yang membinasakan umno dari dalam,baca bawah.
Penggunaan jet peribadi oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor untuk tujuan rasmi tidak wajar dipersoalkan kerana ia melibatkan isu keselamatan, kata perwakilan Umno Wilayah Persekutuan semasa perbahasan usul ekonomi hari ini.
Affandi Zahari, dalam perbahasannya, berkata keselamatan Rosmah wajar diutamakan kerana sekiranya berlaku sesuatu ke atas dirinya akan menyebabkan Datuk Seri Najib Razak sedih.
"Perkara ini melibatkan keselamatan isteri beliau (Najib), sekiranya berlaku sesuatu ia akan memberi kesan kepada emosi beliau," kata Affandi.Beliau mempertahankan penggunaan jet peribadi Rosmah kerana ia telah pun diluluskan oleh Kabinet dan lawatannya ke Qatar adalah atas urusan rasmi.
"Beliau (Rosmah) ke sana atas jemputan dan ia secara rasmi. Bukan beliau melancong, saya juga tidak gembira jika beliau buat begitu," kata Affandi lagi.Beliau juga membidas pembangkang kerana menjadikannya satu isu besar.
Rosmah menggunakan jet kerajaan untuk menghadiri Forum Perniagaan Wanita Antarabangsa Qatar di Doha bulan lepas, menimbulkan kritikan daripada pelbagai pihak.
Rosmah dijemput untuk memberi ucaptama pada forum tersebut dan menerima anugerah.
Forum tersebut dianjurkan oleh Persatuan Usahawan Wanita Qatar dan Rangkaian Perniagaan Interaktif, forum dua hari itu dihadiri oleh Menteri Qatar Tenaga dan Industri, Dr Mohammed Saleh Al Sada.
Delegasi Malaysia yang hadir termasuklah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang juga penasihat khas kepada Perdana Menteri mengenai keusahawanan wanita dan profesional; Datin Seri Siti Rubiah Datuk Abdul Samad, isteri Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman; Datin Seri Khamarzan Ahmad Meah, isteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datin Seri Che Kamariah Zakaria, isteri Menteri Pelajaran Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh.
Sementara itu, mengenai penggunaan jet peribadi oleh Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, Affandi berkata, kedua-dua pemimpin negara tersebut mempunyai banyak tanggungjawab.
"Ini bukan untuk menunjuk-nunjuk. Ia mengenai masa. Mereka perlu berada di tempat-tempat tertentu pada masa tertentu," katanya.
Beliau berkata ia adalah satu keistimewaan untuk pemimpin tertinggi di negara ini dan ia disediakan oleh rakyat. Begitu juga dengan penggunaan elektrik di Seri Perdana, kata Affandi.
"Kita bercakap mengenai kediaman rasmi Perdana Menteri. Ia perlu cantik dan meriah. Rumah besar, perbelanjaan besar. Ia tidak boleh dibiarkan bergelap," kata Affandi.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mempertahankan bil utiliti RM2.5 juta di kompleks kediaman Perdana Menteri sebagai paling rendah di dunia.
Daripada jumlah RM2.5 juta tersebut, sebanyak RM2,237,788.13 adalah untuk pembayaran bil elektrik dan baki RM311,174.25 untuk bil air.
Sementara itu, kediaman rasmi Muhyiddin di Seri Satria pula menelan perbelanjaan sehingga RM964,772.59 dengan sejumlah RM865,458.56 untuk bil elektrik dan RM99,264.03 untuk bil air bagi 2012.
Ahli Parlimen DAP Anthony Loke Siew Foke sebelum ini membidas jumlah bil utiliti komplek kediaman perdana menteri tersebut, menyifatkannya sebagai satu pembaziran.
"Macam mana Najib minta rakyat berjimat sedangkan setiap hari beliau membazir bil elektrik dan air. Tiada usaha mengurangkan perbelanjaan kerajaan," kata Loke.
Dalam perbahasan di Perhimpunan Agung Umno, Affandi juga mempertahankan langkah kerajaan menaikkan tarif elektrik menegaskan ia tidak akan menjejaskan rakyat Malaysia.
"Mereka yang akan terjejas adalah pengeluar. Apa yang perlu kita lakukan ialah memastikan beban tersebut disambungkan kepada rakyat. Kita perlu mempunyai mekanisme untuk memastikan ia tidak akan berlaku," katanya.
Beliau juga berkata kerajaan harus tegas dalam isu melibatkan keselamatan negara, hak Melayu dan perkara berkaitan dasar dan undang-undang kerajaan.
"Masa telah berubah. Apa jua kebaikan yang kita lakukan, mereka tidak akan berterima kasih kepada kita.
"Jadi kita kena tegas, menguatkuasakan undang-undang dan melaksanakannya dengan baik. Jangan beri peluang.
Beri mereka amaran, tidak ada tolak ansur dan ambil tindakan. Hanya dengan itu kita boleh menunjukkan kredibiliti," kata beliau lagi.
Mengampulah semampu boleh untung-untung dapat jadi calon pru 14 nanti,dalam umno kalau tak pandai mengampu memang takan kemana jadi untuk survival kena pandai mengampu dan membodek walaupun terang-terang dalam isu yang menyalahi peraturan dan etika,biar rakyat benci asal jibby dan kah mah suka.Orang sebegini yang membinasakan umno.